Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia Bersama Komuniti 2018

24 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah menyertai Bengkel Sukarelawan ICT Malaysia bersama komuniti selama tiga hari bertempat di JinHold Hotel & Serviced Apartment. Bengkel ini bertujuan memperkenalkan dan menerangkan konsep program MIV kepada sukarelawan dalam melahirkan sukarelawan yang dapat membangunkan warga digital yang kompeten dan cekap untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan semua orang di pelbagai peringkat.

Pada masa yang sama, para peserta juga mempelajari kemahiran fotografi, penggunaan e-bayaran, dan juga pemasaran produk di media sosial. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Seramai 10 orang wakil pusat internet dan 41 orang sukarelawan yang telah menyertai bengkel ini.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali